Thursday, August 27, 2009

mee laksam

28 ogos..pose yg ke-7 aku dan suami teringin nak makan laksam.aku memag tak pernah try buat laksam dalam hidup aku.. tapi aku cube beranikan diri untuk try.. peh.. tak sangke...tanpa pertlong sape2.. tak sangke sedap giler.....sampai suami aku memuji tak sangke...teror jgk aku nie... betul org cakap nak seribu daya,tak nak mcm2 alasan... hehehehehe kepada kekawan /saudara mara ku...try la.. resepi nie.. sedap....kalo buat kite rase puas hati...sagt2.. dan dapat pujian dari seseorang yg kite cintai...iaitu suami kite...cube le....
Resepi Laksam dan Kuahnya

Bahan Laksam
200 g tepung beras
Garam secukupnya
550-600 ml air(bajet sendiri)
Minyak untuk melengser(tak nak bagi lekat kat penutup periuk/dulang leper)

Bahan Kuah
600 g ikan kembung, rebus, ambil isi & tumbuk
2 liter santan (dan 2 biji kelapa)
6 ulas bawang merah, ditumbuk
1 cm halia, ditumbuk
2-3 g serbuk ada hitam(tak yah letak pun tak pe....)
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya

Bahan Sampingan
15-20 tangkai ciii kering, direndam
1 biji timun, dihiris halus
10 batang kacang panjang, dihiris kecil
40 g daun selasih, dimayang
30 g daun kesum, dimayang
200 g taugeh, dibuang ekor
3 cm belacan, dibakar
3 biji limau nipis, dibelah 4

Cara membuatnya:

Jerang semua bahan kuah hingga mendidih. Perlahankan api dan renehkan hingga agak pekat. Angkat dan ketepikan.

Tumbok lada kering ,garam dan belacan sampai lumat.

  1. Untuk laksam, kacau semua jenis tepung dengan garam dan air hingga menjadi adunan yang sebati.
  2. Lengser loyang bulat dengan minyak. Tuangkan sedikit adunan agar membentuk satu lapisan nipis. Kukus selama 3-4 minit atau hingga masak.
  3. Sapukan sedikit minyak pada permukaannya dan gulung ketika masih panas. Hiris setebal 1 cm bila hendak memakannya dengan bahan sampingan dan kuah.
cubele.... try......

1 comment:

  1. try le... kawe dah try dah.. sedap....tp tak bole tanding dgn laksa johor.. laksa johorlagi sedap.. hehehhe sori suami ku... hehehe

    ReplyDelete